Thursday, October 22, 2009

Perutusan Hari Raya


Alhamdulillah kesyukuran dirafa’kan setingginya ke hadrat rabbul jalil kerana memberi nikmat kehidupan kpd kita semua sehingga kita masih dapat mengecapi ramadhan dan sekarang syawal nan mulia. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya mewakili pimpinan helwi untuk memberi sedikit ucapan pada petang ini.

Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita pada petang ini bersempena dengan Hari Raya Fitrah iaitu Idul Fitri,hari yang dikurniakan oleh Allah s.w.t pada ummat Islam. Walaupun sehari telah berlalu, oleh kerana ianya adalah kurniaan daripada Allah kepada kita sekalian, maka ia mempunyai faedah yang berpanjangan dan mempunyai hikmah yang perlu difahami dan dihayati oleh kita sekalian.

Setelah sebulan umat Islam berjuang, dengan perintah Allah s.w.t menunaikan ibadah puasa Ramadhan dan menghayati peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada bulan Ramadhan seperti peristiwa Nuzul Quran, peperangan badar pembukaan Makkah juga kejayaan tentera Islam melawan Sepanyol. Itulah di antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.

Kita menyambut Hari Raya Fitrah, mengulangi kembali peristiwa peperangan Ahzab di dalam laungan takbir “ WAHAZAMAL AHZABA WAHDAH” iaitu serangan tentera bersekutu yang dibentuk oleh golongan-golongan ‘ulama’ ussu’ iaitu ulama-ulama jahat di zaman Rasulullah saw yang terdiri daripada Salam bin Abu Uqaid dan rakan-rakannya yang dianggap sebagai ahli kitab di masa itu, merelakan diri mereka untuk memberi fatwa dan semangat kepada angkatan Jahiliyyah Abu Jahal dan konco-konconya di Makkah. Mereka ini merupakan pengikut Abu Jahal yang setia walaupun Abu Jahal sudah mati pada masa itu,namun saki –baki pengikutnya yang masih ada terus melancarkan serangan Ahzab.

Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian….

Inilah reality dunia hari ini, pembantaian, penindasan, serta kezaliman terhadap ummat Islam terus berlaku. Kita dapat melihat bagaimana Ahzab moden yang didalangi oleh ummat Islam ini berfungsi dan berperanan penting didalam siri-siri kejatuhan dan menghalang kebangkitan ummat Islam dan Al-Quran turut melakarkan sifat2 golongan ini
“ wa iza laqul lazina aamanu Qalu Aaamanna,,wa iza khalau ila syayatiiinihim,..Qalu inna Maa’kum…..
Yang bermaksud: Apabila mereka bersama orang2 yang beriman maka mereka katakan kami bersama kamu, dan apabila mereka bersama dengan golongan mereka, mereka mengatakan kami bersama kamu. Inilah sikap2 golongan munafiq yang digambarkan kepada kita untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan peringatan.

Maka , tiba saatnya hari ini kita sebagai ummat Islam mestilah bangkit membela agama yang suci ini, dan daripada peristiwa-peristiwa besar ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Ramadhan adalah bulan kemenangan ummat Islam, dan lewat pagi semalam apabila saya menghadiri sembahyang hari raya di sebuah jamik, saya sempat menangkap kata2 keramat yang beberapa kali diulang oleh syeikh di dalam khutbahnya “Ramadhan Syahru iQamah Daulah Islamiyah” iaitu ramadhan bulan tertegaknya Negara Islam lalu terlintas sejenak fikiran saya, Boleh jadi, tertegaknya Islam diakhir zaman yang dijanjikan Allah juga berlaku pada bulan Ramadhan dalam peristiwa kubra FATHUL PALASTIN jika tentera-tentera islam ketika itu bertaqwa,,,sama2 kita fikirkan

Untuk akhirnya saya selaku ketua helwi sesi 2009 juga mewakili saf kepimpinan dewan helwi memohon jutaan kemaafan daripada ikhwah dan akhawat di atas segala ketaksiran dan kesilapan jika di sana ada yang kami lakukan samada disedari mahupun tidak. Selamat hari raya maaf zahir batin

Kullu am waantum bikhair…

No comments:

Post a Comment