Wednesday, August 26, 2009

WAJAH-WAJAH ISLAM AKHIR ZAMAN.

Wajah-wajah Islam yang kita ibaratkan sebuah pasar malam yang menjual minyak atar dengan nama-nama yang sedap malah menghairahkah seperti malaikat subuh , bidadari, limau, cenkudu, kapur barus, dan sebagainya, kepelbagaian ini membuatkan pelanggan rambang mata dan mempunai minat yang tersendiri. Mana yang wangi dan sedap akan dipilihnya, manakala mana yang bau tidak sedap ditinggalkannya. Dalam konteks pelbagai jenama ‘Islam’ yang berlaku hari ini, ia adalah respons kepada umat Islam yang lemah dalam menghayatin agama Islam dan sekaligus membuka ruang kepada musuh Islam itu sendiri. Musuh-musuh Islam bukanlah susah hendak kita kenali, bukankah ketika zaman nabi SAW sendiri wujud kelompok munafik, kafir,murtad dan yahudi. Cumanya, mereka ini bergerak perlahan kerana ketika itu umat Islam mempunyai kekuatan yang menggerunkan dari segi tahap keimanan, ketenteraan, ilmu dan sebagainya. Akan tetapi hari ini sidah terbalik. Umat Islamlah yang paling mudah dilanyak-lanyak dan dipermain-mainkan dalam konteks kelemahan umat Islam hari ini, muncul beberapa gerakan yang ingin mengkucar-kacirkan lagi kemelut yang melanda umat Islam, iaitu dari segi serangan pemikiran, sebagi contoh, slogan Islam liberal, Islam tannwiri, Islam progresif dan sebagainya mempunyai kesan yang mengelirukan umat Islam. Slogan yang ingin memurnikan ajaran Islam ini dengan membawa konsep-konsep sekularisasi dan liberalisasi dari luar sebenarnya terpengaruh dengan ajaranagama kristian yang menjadi mangsa secular dan liberal.

Sejarah Islam dengan agama-agama lain ternyata tidak sama, korupsi yang berlaku dalam agama kristian merupakan yang paling buruk dalam sejarah agama-agama di dunia. Sikap gereja yang anti ilmu, mengonkong masyarakat daripada membuat keputusan dan menjual sijil-sijil penebusan dosa menjadikan satu respons reformasi yang dianjurkan oleh martin luthar king. Beliau mempunyai sebab yang kukuh untuk menentang gereja kerana gereja bukan setakat mengonkongh manusia, akan tetapi juga melanggar hak asasi manusia apabila melarang individu untuk menuntut ilmu. Sejarah ini membantu lahirnya kelompok pemikir seperti kant, hobes, locke, dan sebagainya untuk menentang ajaran gereja dan mengankat martabat akal setinggi-tingginya. Kemudian, berlaku perubahan drastik yang menyebabkan sains dan teknologi semakin pesat berkembangakibat memaksimumkan akal dengan sepuas-puasnya. Ketika inilah juga menandakan “ the death of god” merujuk kepada karya friedlick nietzche, apabila beliau melahirkan rasa pasrah kerana tuhan mereka (merujuk kepada agama kristian) tidak dapat melawan kekuatan akal manusia yang menganggap the most Absolute Creation dalam kehidupan manusia.


Sehingga hari ini, idea sekular dan liberal masih mengakar kuat dalam agama kristian. Oleh itu, jika kita telusuri gerakan Islam liberal misalnya, mereka membawa tema dekonstruksi syariat Islam sepertimana yang pernah berlaku dalam agama kristian. Islam liberal yang berpusat di utan kayu, Indonesia cuba untuk merungkaikan syariat Islam dalam jasad umat Islam. Malah mereka ingin membenarkan penafsiran Al-quran secara terbuka tanpa mengira seseorang itu ulama’, pakcik kebun, Pelajar, kerani, atau sebagainya. Gerakan ini bernaung di bawah jaringan Islam liberal mendapat tajaan oleh Asia Foundation, sebuah syarikat milik yahudi dan mempunyai kekuatan media yang cukup besar. Mereka mempunyai siaran televisyen sendiri yang dinamakan ‘Islam warna-warni’. Buku dan artikel yang banyak di samping sokongan ahli polotik dari kiyai yang berpengaruh di Indonesia.

Ulil Absar adlah ketua mereka yang mendapat pebdidikan barat secara total, termasuk beberapa orang ahli mereka yang senarai lima orang hingga enam orang. Justeru apa yang kita harapkan daripada mereka ini untuk memurnikan ajaran Islam?? Adakah golongan ini yang melaungkan slogan Islam liberal mampu membawa perubahan dalam dunia umat Islam hari ini. Manakala dalam sudut yang lain muncul suara untuk mencerahkan Islam dengan membawa tema Islam Tanwiri atau Islam ‘Englightement’. Mereka ini terpengaruh dengan revolusi akal yang membawa perubahan drastik dalam pemikiran orang barat. Malah mereka cuba menyamakan sejarah Islam dengan agama kristian.
Dalam sejarah Islam tidak pernah berlaku seperti kristian yang memungkinkan wujud golongan protestan yang menentang pihak gereja kerana anti ilmu. Islam tidak mempunyai ulama’ seperti iman Al-Ghazali, ibn Rushd, Ad-dihlawi yang anti ilmu. Bahkan ulama’-ulama’ Islam tidak pernah menyembunyikan kebenaran seperti yang berlaku di kalangan paderi kristian. Islam juga mempunyai fahaman tauhid yang kukuh yang mustahil untuk diruntuhkan. Ini berbeza dengan kristian yang mempunyai fahaman trinity yang mengundang pelbagai masalah sehingga melahirkan banyak mazhab tauhid seperi katolik, protestan, Anglican dan sebagainya.

Dalam Islam wujud pelbagai mazhab, akan tetapi hanya dalam masalah fikah atau ibadah bukan masalah ketuhanan. Tuhan bagi umat Islam seluruhnya samada Sunni, Syiah, muktazilah, dan lain-lainnya ialah Allah swt. Justeru dakwaan bahawa pencerahan akal seperti yang berlaku di barat perlu diimport ke dalam dunia Islam adalah kekeliruan yang nyata. Akibat dari kekeliruan inilah lahirnya pelbagai usaha untuk mengversikan Islam mengikut nafsu masing-masing. Sheikh Yusof Al-Qardawi dalam memberi respons kepada pelbagai versi Islam ini berpendapat jika wujudnya versi Taliban, Islam versi progresif, Islam versi Malaysia, dan Islam versi Al-Farabi, sebenarnya menunjukkan akan kelemahan Allah itu sendiri. Malah dengan pelbagai nama ini menjadikan umat islam semakin keliru kerana rupa-rupanya Islam ada banyak pilihan.jika islam versi si fulan yang sesuai dengan selera kita, itu yang kita ikut, manakala jika tidak sesuai, awal-awal lagi kita sudah tolak.

Islam menurut beliau ialah satu-satunya agama tuhan dari wahyu ang masih kekal sehngga hari qiamat. Islam yang sebenar ialah Islam yang mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Nabi saw tanpa ada perubahan dan pengurangan. Islam yang merupakan sartu subjek, sudah semestinya bersifat tamadun , cerah, murni, dan lengkap. Jika berlaku sebarang perubahan yang tiada dibenarkan oleh Al-Quran dan hadis nabi saw, maka itu adalah bidaah yang nyata sesat. Justeru, usaha untuk memperbaiki kondisi umat Islam amat digalakkan, akan tetapi menggunakan pelbagai nama yang semakin mengelirukan bukanlah jalan yang terbaik. Malah Islam sebagai satu agama yang syumul dan terpelihara bukanlah yang perlu dirombak, akan tetapi pemahaman umat Islam itu tentang Islam itulah ang perlu dirombak. Bukankah jika berlaku kemalangan yang perlu dipersalahkan dan dibayar denda ialah pemandunya, bukan keretanya? It’s not the case of Islam, but the muslim it self.